flood

hujan hujan macam ni, tiba tiba teringat.

one of the days masa banjir, ptg tu masa abang ipar and kakak saya tgh cakap2 something pasal air yg tengah naik tu, tiba2 saya nyanyi.

"air pasang pagi surut pukul 5 ♪ ♫ "*sila baca dengan nada nyanyian yg betul ye* 

"okay kak(saya la tu), kitorang pecaye dgn teori kak". kata abang ipar saya. yang terkandas di rumah kami bersama kakak saya oleh kerana banjir. diorang cikgu so dua2 cuti sekolah.

...

ramai orang tnya pasal banjir haritu.
hmm. should i write it here? tulis jela kat sini in case lupa kan. esok2 boleh refer balik kalau nak cerita kat cucu. haha. apekah.

(26 disember 2014)
alkisahnya. Kelantan dah 2-3 hari hujan tak berhenti. one of the rainy days, family Che Ngah dtg stay rumah ktorang sbb air kat kwsn dia dah naik sampai pinggang. Rumah Tok kat Taman Murni pun dah naik air. so dorg yg stay situ pindah tingkat atas. dekat main road area Pasir Pekan pun air dah paras pinggang. tak pernah2 naik air kot kat situuuu.

so hari itu, masa hujan tak berhenti and air tengah naik tu, masa tu kitorg start berjaga jaga. mula2 tu saya rilek je. sebab kawasan ni tak pernah banjir seumur hidup saya (hampir 24 tahun lah saya hidup setakat ni). umi dah lama nampak risau tapi saya chill je lagi. risau gak la sikit tapi just buat2 chill je. kahkah.

dua malam tu, bila Che Ngah and family start stay kat sini, ktorg semua tak dapat tido sbb risau. every one hour akan keluar, bukak pintu tengok air dah stakat mana. mula2 air start naik dekat jalan kat lorong depan tu. nampak laju je air tu gerak. and kadang2 walaupun naik slow2, dia tetap makin naik. so ada nervous sikit disitu. 

the next day, bila air start masuk pagar tu. risau tu ada la lebih sikit. karpet2 semua dah start gulung. malam tu pun buat benda yg sama, every one hour akan keluar, bukak pintu tengok air dah stakat mana. tapi saya tgk sampai pukul 3 pagi je. lepas tu pengsan sampai 530. bangun tu terkejut. terus keluar tengok level air kat luar rumah. air dah cecah kawasan anak tangga paling bawah. kira rapat la. so kalau air terus naik, possibility dia masuk rumah tu ada. plus air pasang time pagi kan. "air pasang pagi surut pukul 5 ♪ ♫ " remember? kan dah cakap tadi. okay sambung, plus hujan tak berhenti. kalau berhenti pun 2-3 minit pastu hujan balik. 2-3 minit okay bukan 2-3 jam. kadang2 bila air tu laju je bergerak, mcm2 imaginasi muncul dlm kepala. serious. to a point saya imagine, mcm mana kalau air tu nanti dtg tiba2 mcm ombak and carry all of us away? yes i did imagine such a thing. pernah tgk Taloompuk? atau The Impossible? Hafalan Solat Delisa? i've watched them all. so effect tgk movie lah kot segala imaginasi yg dtg time tu. hee 

tapi kitorang untung, sebab at least kwsn ni letrik still ada, kwsn lain dah 3-4 hari bergelap. kat rumah saya even wifii pn okay lagi. just certain mobile network xde coverage. so tau jgk pkembangan kat area lain. paling tinggi air naik kat Manek Urai. diorang berlindung dekat sekolah dkat tingkat 4 kot. dgn letrik takde, imagine la bersesak sesak ramai2. budak kecik, orang tua, even ibu mengandung. tak dapat byg mcm mana kalau ada kat tmpt diorang. stress kot.

beberapa malam time hujan tak berhenti tu, lepas solat isya' saya smayang hajat. saya mintak Allah permudahkan urusan and biar la air surut. jangan la air masuk rumah. perasaan tu, time tu. perasaan yang betul2 mintak dekat Allah sebab dah tak tau nak mintak kat sapa. honestly mula2 malas nak solat hajat, tapi saya fikir tu je usaha yg paling boleh setakat ni. well, at least kita usaha kan. perasaan yg nervous and sangat2 terdesak time tu. tapi saya yakin yg Allah akan makbulkan doa saya. and of course berapa ramai rakyat marhaen yg berdoa selain saya. saya yakin yg air akan surut. tak tau la kenapa saya confident sangat time tu. orang kata, kalau nak doa kena yakin yg Allah akan makbulkan. sebab tu kot.?

takut, harap, sabar, yakin, semua bercampur. termasuklah redha. masa tu memang rasa satu2 nya yang paling power kat dunia ni Allah je. kun fayakun.

honestly, saya rindu perasaan macam tu. bukan rindu suasana tu. mmg tak la. tapi perasaan mcm tu tak selalu datang. perasaan tu sangat, priceless. rasa bertuhan yg tahap tu.

oh sambung cerita tadi, alhamdulillah air start surut .. air naik sampai anak tangga ke-3 je (actually ada 3 je anak tangga). hahaha. so dlm 15cm lagi nak masuk rumah. tapi tak masuk. tapi serious, bagi orang yg mengalami, even 1cm matters okay. misi setiap hari ialah tengok level air, turun banyak mana, naik banyak mana. luckily kawasan ni air naik slow slow je. and turun pun slow and steady.

air start surut, and hujan mula berhenti. matahari mula memunculkan dirinya. cewah ..

kisah banjir tak berakhir kat situ je. lumpur2 yg tinggal. rumah2 yg rosak. lumpur tu berbau tau. haritu pegi rumah besan mak saya. yakni mertua kakak sulung. rumah dia sebelah masjid. and rumah dia mmg masuk air. time pergi tu kat masjid tu, nampak kesan2 lumpur yg dikumpul. diorang cuba nak buang lumpur tapi terlalu tebal and berat. sampai askar dgn volunteer semua datang, tapi lumpur tu teralih sikit je. ni lumpur kat compound masjid la. plus, lumpur tu taktau nak tolak ke mana. imagine kat tempat2 lain, diorang nak tolak lumpur2 tu kemana? skrg dah 3 minggu lepas banjir, and jalan2 masih lagi berhabuk.

kenapa tak cerita pasal bekalan makanan tak sampai, etc? malas ah. (okay dah 2 kali sebut malas hari ni. ini tidak patutt).

but alhamdulillah at least, it passes. no more flood and heavy downpour. pengalaman. dan perasaan, yg tak dapat dilupakan. budak2 sekolah rendah sekarang yg kena banjir haritu kalau nak tulis esei wajib sekolah rendah "pengalaman yg tak dapat dilupakan", inilah dia jawapannya. dan saya yakin, esei esei tu adalah esei "pengalaman yg tak dapat dilupakan" yang paling jujur. mungkin ada yang boleh buat kita menangis? saya serious. *tiba2 serious dah kenapa*

saya beruntung, air tak masuk dalam rumah. makcik2 saya beruntung air masuk dalam rumah sampai pinggang tapi masih ada rumah. orang lain, dah takde rumah.. rumah yang dah takde tu, yang dah ranap tu, saya nampak sendiri. semoga Allah jaga diorang, dan bagi diorang sabar. semoga diorang cepat2 dapat rumah baru. amiin. semoga musibah yg menimpa, menjadikan kita semua manusia yang lebih baik, dan manusia yang lebih bertuhan.

things happened for reasons. i believe that.

dah siap! cucu-cucu sila baca post nenek ni nanti ye. hahaha. kalau blogger hidup lagi la. dan kalau saya hidup panjang dan sempat berkeluarga.

...


p/s:

cakap pasal Taloompuk. Taloompuk ni cerita lama. panjang plak nk cerita pasal Taloompuk tu so kopi pasta jela ye haha.

"Set in 1962, idealistic healthcare officer Kulasatri has been assigned to work in the cape village of Taloompuk where she meets Jaa Chang, an idealistic navy sergeant who has suffered from his high-minded idealism. Together, the pair witness the natural beauty of their surroundings and the purity of the southern villagers' lifestyle. But a cross-religion love triangle starts to rage while a devastating storm approaches, threatening all life on Taloompuk cape. The movie recreates the scene of the natural disaster that killed more than ten thousand Muslim and Buddhist Thais"  source: http://www.imdb.com/

Time tengok movie tu kat TV taktau pun sinopsis cerita dia. terkejut last2 ribut and banjir besar semua. culture shock jap. rupanya cite tu based on a true story. 

"The Impossible" ni pulak quite famous so i bet you know about this movie. dia describe Tsunami 2004, kat Thailand. "Hafalan Salat Delisa" pun pasal Tsunami 2004 jgk tapi kat Acheh. 

"The Impossible" and "Hafalan Salat Delisa" boleh buat nangis kot.

okay panjang plak. enough lah ye. nak tau tgk lah sendiri pastu nangis lah sendiri. hehe

0 Responses