dunia :: manusia

dunia.

langit tak selalu cerah,
lepas hujan tak selalu ada pelangi.
tapi mendung tak semestinya ribut,
dan panas tak semestinya membahang,
hidup ni, kata mereka adalah dunia.
kata mereka dunia tu hina.
jadi berlapang dada lah hidup di dunia,
kerana dunia ni hanyalah sebuah dunia.

tapi di dunia ni kita melakar hikayat,

dan penamatnya pula diakhirat.

berlapang dada lah.

sebab esok belum tentu ada dunia,
untuk kita semua.
esok belum tentu ada kita, untuk dunia.

manusia dan dunia.

sebagaimana manusia, begitulah dunia.
sebagaimana dunia, begitulah manusia.

manusia dan dunia.

saling bergantung,
selalu bertembung.

macam sama tapi tak serupa.

...


0 Responses