Makcik Hidayah
terbaca, berfikir, angguk, setuju. terfikir fikir.
lupa.
lepastu,
kembali terngiang ngiang.
fikir balik.
“senang tak selalunya tenang”
Bersenang senang,
Dan biar kehendak yg
jadi pemenang
Biarlah hari ini
terbuang
Rasanya esok masih ada peluang
Dulu,
Dr Low pernah kata,
“manusia sekarang
terlalu selesa”
jadi kita lupa cara
untuk berusaha,
lalu makin hari hati
makin buta
tapi sampai bila?
Takkan sampai dah menutup mata,
Baru nak hargai nilai sekeping nyawa.
Kita silap bila slalu
anggap esok akan selalu ada
Mungkin esok masih
ada,
Tapi mungkin bukan
untuk kita
Sebab esok mungkin kita
akan selamanya sudah tiada.
Hebatnya manusia,
Selalu yakin esok ada
untuk dia
Sedangkan dia bukan
milik dirinya
Pelik, tapi benar.
***
Pelik, tapi benar.
***
Dr Low pernah cakap jugak, bila kita penuhi masa btol2 dgn settlekan byk kerja mmg rasa penat, but at least kita tidur dengan rasa lega. Saya kagum dgn Dr Low ni, smbil2 bg lecture, dia bg falsafah. falsafah hidup kata orang.
orang yg bersusah susah tu nampak seperti selalu tidak senang, tapi sebenarnya orang yg berusah susah tu selalu berasa tenang.
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّـهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ ﴿٢٨
Those who have believed and whose hearts are assured by the remembrance of Allah. Unquestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured."
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
[HQ. Ar-Ra'd:28]
p/s:
"Anda yang terdetik hati untuk berubah, tergerak rasa untuk menjadi baik.. Cepat-cepat tangkap dan peluk kuat-kuat perasaan itu. Dan jangan lepaskannya.Boleh jadi itu Makcik Hidayah " [APG, 2013]
p/s/s: kali ni, jgn lepaskan Makcik Hidayah okay? Insha Allah. haittt, saya cuba !
p/s/s/s: azam tahun baru saya ialah utk mengekalkan keazaman. eh?

Post a Comment