Housing and Friendship.

so what this post will talk about?

Housing.

Pertama kali jejakkan kaki ke Miri, specifically Curtin University.
i was placed at Curtin Villa.

masa tu dapat bilik twin sharing, tapi takde roomate.

satu rumah dengan sorang budak Penang and sorang budak Perlis.

i was with my abah.

terserempak dengan sorang makcik yg terperangkap dalam rumah sebab anak sedara dia bawak kunci. dia cakap anak sedara dia baru masuk jugak. macam saya.

oh, sebelum pegi housing tu ada terjumpa budak Penang yg duduk KL. dekat kaunter Student Service plak ada jumpa budak Kelantan. i knew it from the slang. i think she was with her brother.  lepastu jumpa budak Kuching yg JPA jgk. and masa tengah tunggu dorang pickup ke villa, jumpa budak JB. She was with her mom.

sampai dekat villa dia text, 

"awak rumah mana?"

yes, she's the first person who texted me when im in Curtin.

malam tu jumpa lagi dua orang budak KL. sorang belajar dekat MRSM Alor Gajah. sorang mmg blaja kt KL. semua kumpul and borak dalam bilik budak Penang and Perlis tu.

semua orang berbual and berkenal kenal.. semua orang banyak cakap. except me. hehe. maklumlah saya kan pendiam. and baru jumpa, lagi la taktau nak cakap apa. dah lama kenal pun kalau jumpa selalu xtau nak cakap apa. inikan pula, pertama kali. cewah ayat.

then lepas tu kenal sorang budak ni from Putrajaya. k.Aishah yg kenalkan.

that was then.

pertama kali jumpa semua orang =)

ramai orang duduk dekat Curtin Villa, ada yg duduk Curtin Lakeside. yg duduk Curtin Village batch kami rasanya 2 orang je masa tu.

masa tu semua happy :) (erm rasanya lah sebab takde siapa  yg complain homesick.). yela semua excited. maklumlah, masuk u lah katakan. masak sama2, makan sama2. bla bla bla.
semua orang adalah kawan kepada semua orang.
like one big family. (mcm yg saya nmpk adik2 Mara sekarang tula)
kalau duduk kat cafe mesti dekat bench kayu yg luar tu. xde maknanya nak duk dalam2 ni.
makan plak. kalau bukan Mi Kolok, mesti toast.

yep, itu dulu. as time flies, things changed.

kelibat manusia makin hari makin hilang dekat villa.

first batch yg klua duduk luar, Anep and the gang.

yelah duduk luar save banyak kot.

villa makin sikit manusia dari batch kami. tapi terawikh villa masa tu ramai lagi la. sebab masih ada Kameel and the gang. and budak2 Pet(Petronas) yakni Kash and the gang. oh dulu ada abg Islah jgk. Hakim, Kerol(ni x pasti villa ke x), Fahmi. tu la antara yg ingat. kalau terawikh mesti Hakim letakkan kipas untuk kitorang. baik dia ni. kebaikan dia kitorang ingat sampai sekarang. Hakim batch Kak Liyana.

then lepas tu Kameel and the gang pon klua jgk. mmg xda bdk JPA lelaki dah kat villa.

tapi masa tu kitorang dah satu rumah. byk kes pindah2 rumah ni.
kisah saya.
1. satu rumah dgn I and W. pastu kena move out sebab bilik twin sharing tapi tinggal sorang.
2. move in rumah N. and dengan kak Neenot. sebagai rumate dia saya classify kan N ni sebagai seorang yg genius. memang pn! tau la serba sedikit apa yg dia minat, family dia etc. dia baik dengan saya :) time tu dia kwn rapat dengan A
3. lepastu masuk rumah sama dgn I and W balik. masa tu takde rumate the whole sem. yg selalu dtg lepak2 dalam bilik ialah M =) selalu jgk borak ngn dia, dia dtg landing atas katil sebelah. pastu E n L pun masuk rumah sama. E slalu mintak kejut dia subuh and kami solat sama2 =) saya suka sgt time solat subuh ngn E tu.
4. next sem, saya dapat rumate. sebenarnya saya dah siap renovate position katil sebab ingatkan xde org mcm haritu(yeke masa ni eh? ye kot kalau bukan time ni time rumate satu lagi). sedeh jgk sebab sy suka duduk bilik sorang tp xpelah. tgk mcm mna.
rumate sy yg ni jarang ada kat rumah. so mcm xde rumate jgk sbnrnya. pernah jgk rasa nak report sebab dia x balik2. mak dia ada pesan suruh tgkkan anak dia time mak dia dtg first time tu.
5. pastu, sy ingat next sem tu sy xde rumate dah. rupanya adaa. ada sedikit frust disitu tapi xpelah. rumate yg ni selalu kat rumah. baik dan cantek =) selalu bwk kwn dia yg nama Carol tu dtg. oh nama rumate sy Nadirah. kira peringkat adik saya la ni.

dan kemudian tibalah giliran kami untuk mengurangkan manusia di villa. saya mmg sebut2 nak duduk luar, tapi no one take me seriously. so saya sebut jela main2 tiap kali jumpa house for rent. tehee.
and then tup tup ditakdirkan berpindahlah kami berdua ke luar. saya dan W.

4237. itu rumah kami. Saya, W and K.M

K. Nini pn slalu dtg lepak sini.

saya excited la masa tu sbb first time duduk luar kan. (wait, post ni bukan pasal 4237)

X lama lepas tu, J n F pn menyusul jadi org2 yg mengosongkan villa.

lepas kitorang, skrg giliran diorang pulak utk mengosongkan villa. budak2 perempuan yg masih divilla. boleh dikatakan next sem villa akan bersih sepenuhnya daripada budak2 JPA. kosong.

lakeside pun.

semua sebab duit. duit duit dan duit.

mahal mahal mahal dan makin mahal.

duit menyebabkan kami dah tak tinggal satu tempat, dah x makan sama2, dah x solat sama2.
dah x main baling selipar sama2, dah x bukak puasa sama2, dah x smbut birthday sama2, dah x buat banner sama2, dah x main bubble balloon sama2, dah x lepak depan villa sama2 (pernah satu mlm ni kitorang duduk depan villa, dekat atas tempat dorang tanam pokok tu, nyamuk jgk ah. tapi best)

housing dan persahabatan.

saya akan ingat.

dan saya akan rindu semua orang2 ni.

macam wasiat pulak bunyinya. huhu

dalam kamus saya,

duit: sekeping kertas biasa(ok mungkin kualiti kertas bukan biasa, tapi still ianya kertas) yg diletakkan nilai
sahabat: tidak ternilai

antara duit dan sahabat, saya pilih sahabat =)

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Kamu tidak dapt masuk syurga, sebelum kamu beriman, dan kamu belum dapat dikatakan mukmin sebelum kamu kasih mengasihi satu sama lain. Sukakah kamu aku tunjukkan jalan untuk berkasih-kasihan? Galakkanlah salam antara sesamamu.” 
(Sahih Bukhari, 0042)

Assalamu'alaikum.


tiba2 teringat lagu ni. Paradise. Syurga. dalam maksudnya.






1 Response
  1. Anonymous Says:

    i is miss u