Bersih

Bersih.
merenung ke luar tingkap,
langit yg sentiasa ceria.
bulan yg setia menjalankan tugasnya.
bayu dingin yg menyapa,
penenang dikala terguris kecewa dgn dunia.
inilah dunia.
yg harus digenggam, utk sebuah syurga yg tidak ternilai mahalnya.
kita semua mahu syurga.
tapi kitalah manusia,
yg banyak silapnya.
manakan dicapai syurga jika hanya dunia dimata.
manakan diraih cintaNya jika hati penuh noda.
tapi kitalah manusia.
manusia biasa yg inginkan cinta luarbiasa,
yg memadam segala cinta kpd dunia dan isinya.
cinta Dia yg luarbiasa,
mana mungkin dirasa jika kita tidak menganggap Dia yg paling istimewa.
Allah, Al-Wadud itu dia.
satu satunya.






Ameen ya Rabbal 'alamin

p/s: ingin jadi orang yg bersih dari syirik, kufur, munafik, fasiq etc. yang bagi itu Allah, yg berusaha itu manusia.

0 Responses