isra' mi'raj

Masjid An-nur

24th June 2011

Ceramah Isra’ Mi’raj

[Dr. Ahmad Najib]

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya(Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perhatikan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda(kebesaran) Kami. Sesungguhyna Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat” [Al-Isra:1]

Isra’ Mi’raj: Peristiwa perjalanan Nabi SAW dari Mekah ke Baitulmaqdis(Masjid Al-Aqsa) dan di mi’raj ke langit.

Tempoh perjalanan: 1 malam (sepatutnya ikut logic 2 bulan)

Recommended book* oleh penceramah

Nama buku: Ar-Rahiq al-Makhtum – Sirah Nabawiyyah saw
Pengarang: Shaikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri

Penterjemah: Muhammad Ramzi Omar
Penerbit: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Ketebalan: 733 muka surat

Tahun peristiwa Isra’ Mi’raj juga merupakan tahun dukacita kerana

>Kematian Abu Thalib

>Kematian Khadijah bt Khuwailid as.

"Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah.Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku, dia membenarkan aku di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku tatkala orang lain menghalang aku, Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya tatkala aku tidak dapat daripada perempuan-perempuan lain (isteri-isteriku)." -Nabi Muhammad, Utusan Allah yang terakhir.

Peristiwa isra’ mi’raj berlaku 1 tahun/lebih sebelum peristiwa hijrah.

Nabi SAW diperjalankan daripada Mekah ke Masjidil Haram dengan menaiki Buraq(berwarna putih)

*putih: warna kegemaran Nabi Muhammad SAW, warna yg dimuliakan

-Imam Al-Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin berkata : " Yang amat disukai oleh Nabi saw ialah warna putih."

-Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: "Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau karena warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih."

Sesampainya di Masjid Al-Aqsa, Buraq diikat di pintu Masjid Al-Aqsa

*menunjukkan kepentingan ikhtiar dan tawakal, hatta Nabi Muhammad sekalipun berikhtiar

Sesudah itu Nabi SAW diberi minum susu

*susu: melambangkan kesucian dan kemurniaan

“Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari pada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya.” [16:66]

Nabi di mi’raj(dinaikkan ke langit) oleh Jibril as(alaihissalam)

-Langit pertama : Rasulullah SAW berjumpa Nabi Adam alaihissalam

-Langit kedua : Rasulullah SAW berjumpa Nabi Yahya as dan Nabi Isa as

-Langit ketiga : Rasulullah SAW berjumpa Nabi Yusuf

-Langit keempat : Rasulullah SAW berjumpa Nabi Idris as

-Langit kelima : Rasulullah SAW berjumpa Nabi Harun as

-Langit keenam : Rasulullah SAW berjumpa Nabi Musa as

---Nabi Musa menangis apabila bertemu Rasulullah saw kerana kaum Rasulullah saw lebih bnyk masuk syurga berbanding kaumnya

-Langit ketujuh : Rasulullah SAW berjumpa Nabi Ibrahim as

*semua Nabi yg bertemu dengan Rasulullah saw akan mengucapkan “marhaban” , melambangkan keagungan Nabi Muhammad SAW.

Selepas berjumpa Nabi Ibrahim as, Rasulullah saw diangkat melepasi ‘sidratul muntaha’

*sidratul muntaha: [http://alexanderwathern.blogspot.com/2010/07/hadis-hadis-tentang-sidratul-muntaha.html]

"Setelah itu buraq membawa kami (Nabi Muhammad dan malaikat Jibril) naik ke Sidratul Muntaha yang daun-daunnya seperti telinga gajah dan buah-buahnya seperti tempayan besar." (Muslim)

"... tidak ada seorang pun makhluk Allah yang dapat menjelaskan sifat-sifat Sidratul Muntaha kerana sangat indahnya." (Muslim)

"Kemudian kami melanjutkan perjalanan sehingga sampai ke Sidratul Muntaha, lalu dilitupi dengan pelbagai macam warna, dan aku tidak tahu apa bendanya itu." (Bukhari)

"Kemudian aku diangkat ke Sidratul Muntaha. Setiap daun di sana hampir menutupi umat ini. Di dalamnya terdapat mata air yang mengalir, namanya Salsabil. Daripada Salsabil itu dibahagi dua sungai, pertama al-Kautsar dan yang kedua dinamakan Ar-Rahmah. Lalu aku mandi di sungai itu, maka Allah mengampuni dosaku yang akan datang dan yang telah lalu." (Baihaqi)

Kata Abu Hurairah : "Kemudian sampai di Sidratul Muntaha, lalu dikatakan kepada baginda: "Inilah sidrah tempat terakhir setiap umatmu yang mengamalkan sunnahmu." (Baihaqi)

Di sidratul muntaha:

-tempat mengalir 2 sungai(sungai zahir dan batin)

-besar seperti telinga gajah

“ilmu para malaikat terhenti disitu, tiada yg melepasi sidratul muntaha melainkan Nabi Muhammad saw.” [Imam Nawawi]

-tempat Nabi Muhammad saw melihat rupa sebenar Jibril as(mempunyai 600 sayap)

-Rasulullah saw diperlihatkan Syurga dan Neraka

-Rasulullah saw diperlihatkan Baitul Makmur

-Rasulullah saw diperlihatkan perkara2 yg menyentuh dosa manusia:

melalui kumpulan manusia berkuku tembaga yg mencakar muka dan dada ; mengumpat, fitnah, menuduh

manusia mempunyai perut sebesar rumah(dalam perut ada ular) => orang yg makan riba[riwayat hadis adalah lemah, tapi boleh diambil iktibar]

-Rasulullah saw diperlihatkan malaikat yg menjaga neraka yg tidak pernah senyum

-Rasulullah saw diperlihatkan orang yg makan harta anak yatim secara zalim

-Rasulullah saw diperlihatkan orang yg memilih untuk makan daging yg busuk antara 2 daging(orang yg berzina)

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yg keji dan suatu jalan yg buruk”[17:32]

Peristiwa isra’ dan mi’raj adalah peristiwa yg menyebabkan difardhukan solat 5 waktu

Waktu solat yg diperintahkan oleh Allah subhanahu wata’ala adalah 50 waktu

Tetapi dikurangkan sehingga menjadi 5 setelah Rasulullah saw dinasihati oleh Nabi Musa as untuk meminta kepada Allah supaya dikurangkan. Walaupun Nabi Musa as kata 5 tu masih banyak, Rasulullah saw redha dengan ketentuan Allah saw.

*prihatin dan jasa Nabi Musa as kepada umat Muhammad. Jadi Ummat Muhammad saw hari ini harus berterima kasih kepada Nabi Musa as kerana kebaikan baginda kepada kita =)

Tujuan diwajibkan solat adalah untuk mendekatkan hamba kepada pencipta

“adalah kufur orang yg tahu kewajipan solat tetapi tidak solat kerana malas”

Selepas nabi pulang ke Mekah, orang kafir Quraisy tidak percaya akan peristiwa ini kerana tidak tercapai oleh akal. Ramai orang Islam yang kembali murtad.

"Segenap kaum muslimin telah bersepakat untuk menerima kebenaran peristiwa Isra' dan Mi'raj Rasulullah s. a. w., iaitu satu malam di mana baginda diperjalankan oleh Allah `Azza wa Jalla dari al-Masjid al-Haram di Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di Palestin dan dinaikkan ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha. Tujuan Isra' dan Mi'raj adalah agar hamba-Nya dan Rasul-Nya
(Muhammad s. a. w.) dapat menyaksikan secara langsung betapa besar kekuasaan Allah s. w. t. serta keajaiban-keajaiban ciptaan-Nya yang tidak mungkin diketahui oleh manusia di bumi dan tidak terjangkau oleh akal fikiran mereka. Ia adalah sesuatu yang hanya dapat dijangkau oleh keimanan yang mantap, teguh lagi suci.

Kita sebagai umat yang beriman menyedari bahawa mukjizat baginda yang berupa peristiwa Isra' dan Mi'raj adalah sesuatu yang sungguh besar, sungguh ajaib serta mengkagumkan sesudah mukjizat baginda berupa kitab suci al-Qur'an yang sehingga sekarang – bahkan sehingga bila-bila jua dapat disaksikan
(kemujizatan) isi kandungannya.

Isra' dan Mi'raj merupakan satu peristiwa yang agung kerana tiada seorang Nabi mahupun Rasul yang diberi penghormatan oleh Allah s. w. t. untuk mengalaminya. Hanya Nabi Muhammad s. a. w. sahaja yang diberi anugerah ini. Ia adalah satu tanda ketinggian dan keagungan baginda di sisi Allah a. w. j.." [Qishah al-Mi'raj
(edisi terjemahan oleh A. Zakiy dengan judul Menyingkap RahasiaIsra' – Mi'raj Rasulullah; Pustaka Setia, Bandung 2000), ms. 13]

http://salamperantau.blogspot.com/

Walaupun Abu Bakar As-Siddiq tak pergi semasa pengisytiharan oleh Rasulullah saw tentang isra’ dan mikraj, dan hanya mendapat berita daripada sahabat, Abu Bakar mempercayai baginda Rasulullah saw.

Hebat =)

Betapa hebatnya iman Abu Bakar

Tatkala Nabi Muhammad selesai melakukan Isra’ dan Mikraj segolongan orang yang kurang mempercayai apa yang telah dikhabarkan Rasulullah S.A.W. telah pergi menemui Saiyidina Abu Bakan R.A. untuk mendengarkan apa pendapatnya tentang dakwaan Muhammad S.A.W. itu. Tujuan kedatangan mereka mendapatkan Abu Bakar R.A. tidak lain dengan prasangka tentunya Abu Bakar R.A. kali ini akan mendustakan kisah yang tidak masuk akal pada fikiran mereka itu. Setelah pertanyaan itu disampaikan kepada Abu Bakar R.A. lalu beliau pun berkata, “Adakah Muhammad berkata begitu? Sahut mereka, “Benar! Maka ujar Saiyidina Abu Bakar R.A. “Jika Muhammad berkata begitu maka sungguh benarlah apa yang diceritakan itu. Lalu mereka pun terus menyambung, “Engkau percaya hai Abu Bakar bahawa Muhammad sampai ke tanah Syam lebih sebulan perjalanan pulang, di malam semalam tadi? Maka sahut Abu Bakan sungguh-sungguh, “Benar! Aku percaya! Malah lebih dan itu aku percaya kepadanya. Aku percaya akan berita dan langit diberitakannya baik pada waktu slang mahupun di waktu malam! Demikian hebatnya sambutan sahabat yang paling utama itu. Kerana tegas dan teguhnya iman beliau terhadap agama yang dibawa oleh Muhammad dan terhadap apa yang dikhabarkan oleh baginda maka beliau telah diberi oleh Rasulullah S.A.W. dengan gelaran Al-Siddiq, entinya yang benar.

http://kini2u.com/v1/2010/01/kisah-kehidupan-abu-bakar-as-siddiq/

Beliau membenarkan segala perkataan Rasulullah saw. Kerana itulah beliau digelar Abu Bakar As-Siddiq(Yang Benar)

Kita hendaklah mencontohi iman Abu Bakar As Siddiq dalam meningkatkan keyakinan dan kepercayaan kepada Allah.

Peristiwa penting yg berlaku selepas isra’ dan mi’raj adalah pertistiwa hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah.

Tujuan diulangi peristiwa isra’ mi’raj ini adalah supaya bertambah keimanan kita kepada Allah subhanahu wata’ala

“penghayatan Sirah Nabi secara keseluruhan itu sangat penting sebagai pedoman hidup”

http://ahmad651.blogdetik.com/2009/07/20/isra-miraj-nabi-muhammad-saw/

Walllahu’alam

Alhamdulillah

0 Responses