loop

Dear God, will i ever find you?


Aku cuba mencari kalimat yang tersembunyi,

Makna makna kalam Ilahi.

Aku cuba menghayati,

Hikmah hikmah hikayat duniawi.

Terus aku berlari,

Kadang kadang tersungkur.

Rebah, aku cuba bangkit.

Yakin Kau akan ku temui.

Yakin Kau Maha Mengetahui.

Yakin Kau Maha Mendengar.

Yakin Kau Maha Memberi.

Lemas.

Terkadang aku lemas dengan diri sendiri.

Revolusi?

Cukup gagahkah kaki itu berdiri?

Terus maju melangkah dan berlari?

Itukah soalan,

tanyalah diri sendiri.

Kerana esok hari belum pasti,

masih berpijakkah kaki dibumi.

Aku masih lagi mencari diri sendiri

Bilakah akan berjumpa?

Jika Tuhan tidak aku cari,

tak mungkin akan pernah ku jumpa diri sendiri.

Jadi, biar sampai hujung aku lari.

Beramai ramai atau sendiri?

Yang pasti manusia tetap akan mati,

Ya, suatu hari nanti,

atau mungkinkah esok hari.

Jadi jangan berani hidup seolah olah telah mati.

Selagi TUHAN tidak kau cari.

Jadi jangan cuba kau berhenti,

Selagi ada denyut nadi.

Bersyukurlah,

Kerana Dia Maha Mengasihi.

Yakinlah,

Dia Maha Mengetahui.

Jika tidak kau berjalan,

Tidak ada yang akan memaksa.

Kerana kita manusia yang punya upaya.

Masa tidak akan datang untuk mematangkan manusia, jika manusia menunggu masa untuk berubah.

“its amazing how God can speak right to ur heart, without sayin a word He can light up the dark.”

p/s: high up above or down below, stuck in reverse.

0 Responses