Nawaitu, Iman & Istiqamah: Bagai menyapu dihalaman
Hari pertama : whoa.. mantap abes, licin seyh!
Hari kedua : hidup kena istiqamah XD
..
Seminggu kemudian: kenapa debu diciptakan eh?
Bila kita sapu sampah/debu/daun hari ini, adakan lantai atau halaman tu akan bersih dan licin selamanya? Esok mesti ada lagi, dan kena sapu lagi kan?
Jadi adakah semua ini salah angin kerana menerbangkan daun/debu/sampah dan sebagainya?
Ataupun adakah daun/debu/pasir yg bertanggungjawab?
Yeah, menyemai keimanan di dalam jiwa kadang2 merasakan perjalanan ini byk cabaran dan memenatkan .. Kadang2 terasa jemu,.
Bila hakikat hidup ini adalah perhiasan sementara, bersyukurlah bahawa kita akan mati..
...
Jika ditanyakan apa itu istiQamah, adakah ruh menggerakkan jasad atau jasad menggerakkan ruh?
Bagaikan YING & YANG. Begitulah jasad dan ruh.
Istiqamah: Ruh yang kuat menggerakkan jasad.
Ruh apakah yang paling kuat pula? = Ruh orang orang yang beriman
Imanlah yg akan melahirkan Istiqamah bilamana ia bermula dengan:
Bashirah(Pandangan mata hati) => Taqwa =>Harakah (Gerakan)
Bagaimana menjadi orang yang beriman?
Iman yang sejahtera bermula dengan hati yang sejahtera pula.
Bagaimana mempunyai hati yang sejahtera?
Banyak cara… dan cara pertama ialah membuka pintu hati untuk menerima kebaikan, membuka pintu hati kepada Allah, membuka pintu hati kepada Islam. Jika tidak dibukakan pintu hati, berdoalah supaya dibukakan pintu hati kepada Allah.
Kerana Allah lah yang membukakan pintu hati.
Adakah menjadi orang yang beriman itu susah?
Tidak, bila niat anda benar =)
Kerana Islam itu mudah, tenang, damai dan selesa. InsyaAllah
Yeah,Islam. segalanya bermula dengan niat.
niat? : new research.
p/s: Jadi, apa niat kita menyapu halaman sebenarnya? Sekadar ingin melihatnya bersih?
Post a Comment