fresh air
another homecoming resolution :: jogging
teringat time first2 balik uma ritu, "deq nnti jogging sesame ea .." hee. sori adik, time tu smgt x bpe nk kuat kot .. tetibe arini rse nk hirup udara segar dipagi hari.
btw, kt masjid td jpe ngn tok guru yg aja mengaji kecik2 dlu. tok guru first :: Mak Cik Yam :)
berbalik kpd jogging. so, melangkah la klua .. sejuk, tenang dan nyaman, the smell of morning breeze~~ best kot jogging keliling kg kubang palas yg aman damai ni.. rasa lega sket .. mse tu pkul pkul 7.00 pagie :D
otw tgh lari2 dengan selamba sambil bjalan2, lalu dkt kwsn kubur .. *mgkin satu hari nnti jasad akan disemadikan dekat sini kan?* cepat atau lambat .. MATI itu Pasti.
Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (21:35)
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)
macam2 jumpa, dan signboard ni adela dlm 4,5 kali kot jmpa. -->50km/j
oh, so klu dlm kg speed limit 50km/h la? duhh. general knowledge kot marni *dush*
hahaha. senyum sensorang.
kenapa time lari2 tu asyik diingatkan dgn signboard 50km/h ni? tetiba terfikir.. mungkin Allah nak pesan supaya jgn gopoh.. sama jugak mcm kita nak mencari islam, nak mengamalkan agama.. manusia tu fitrahnya terburu buru.. bila nak mengamalkan sesuatu, biar sedikit dahulu tapi istiqamah.. klu in one go kita nak buat semuaa, nnti rasa penat.. lama2 akan jemu.. jadi amalan yg walau sedikit cuma tapi ikhlas dan disertai istiqamah maka besar ganjarannya, insyaAllah. bila rasa dah istiqamah, teruskan tmbh dgn amalan2 baik yg lain.. kemampuan Allah bagi tiada batasnya kan? merangkak, berjalan, berlari atau pecut? perubahan cepat atau lambat, byk atau sedikit.. kalau Allah nak bagi, Allah akan bagi.. once, buat baik.. akan rasa nak buat baik lagi. insyaAllah..

ni satu lg signboard slalu jmpa, "dilarang memotong"
gedebush. tetiba hilux melintas. dey, kan dia tulis dilarang memotong?
marni, kamu tu pjalan kaki laa. -.-" weng ke ape. haha
ramai gak org pagi2, jual nasi, beli nasi, anta nasi.. sepanjang pjlnn ade je gerai jual nasi.
dlm 730am udara dah mula tercemar . xbest sgt dah aktiviti kita harini. *argh, abisla gas2 karbon monoksida sume disedut. tidaakk*
no wonder la org pg gym kann. udara da x selamat lg.. tp, mane lg nak dpt oksigen free klu bukan di luar alam mcm ni.. tmbh2, pemandangan pagi. superb habes! wee~
ternampak sorang budak pompuan naik beskal. tak silap bwk laksa kot. nak hntr kt kdai makcik jual nasik dpn sana.. kecik2 dah kena cari rezeki..bila besar akan tabah dan berdikari, insyaAllah.. untung kan saya? x penah pn kne jd supplier nasi ke ape.. huhu. kdg2 lupa nk bsyukur dengan rezeki melimpah ruah yg Allah bg.. alhamdulillah :)
dan jalan lagi .. lari lagi .. smpai at one point, ok wktu utk patah balik ke rumah ..
lalu tempat yg sama, cuma org semakin byk, kenderaan semakin ramai.
ternampak seekor kambing, blakang kambing ada kucing, blakang kucing ada ayam. mcm food chain yg blaja time science skola renda la plak. kuang3.
kambing tu pandang je. pandang la dy balik. *awat hang tengok ceq kambing?* haha. then dy tunduk.
ai? bleh baca fkiran manusia ke? kambing pn pemalu jgk? haiwan secara saintifiknya xde akal cam manusia. tp mungkin ade perasaan kot? klu x kenapa haiwan2 protect abis abisan anak2 dy kan? hurm. perasaan tu xleh define secara saintifik kot. hebat kan ciptaan Allah?
tp kambing tu sebenarnya tgh makan, jd dia sambung la mkn balik. hahaha. sbb tu dia tunduk. sah2 putus fius nymoz.
lalu dekat kubur tadi tertengok dekat pagar, ada salam untuk ahli kubur.. td dah bg salam tp x perasan lak bnda tu ade tulis kt pagar.. tp yg kt situ agak panjang jugaklaa..
usha kiri kanan, ada keta ngn moto lalu. tp saya buat dekk je.. tpacak kt situ cuba baca apa tetulis kat signboard tu. *angau ke budak ni bediri depan pagar kubur?* hehee. saje laa. dah dorg tulis ape salahnya kita hargai dengan membacanya?
اَلسَّلاَمُ عَلَى اَهلِ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ اَنْتُمْ لَنَا فَرْطٌ وَنَحْنُ اِنْ شَآءَ اللهُ بِكُمْ لاَحِقُوْنَ
Assalâmu ‘alâ ahlid diyâr, minal mu’minîna wal muslimîn, antum lanâ farthun, wa nahnu insyâallâhu bikum lâhiqûn.
Salam atas para penghuni kubur, mukminin dan muslimin, engkau telah mendahului kami, dan insya Allah kami akan menyusulmu.
salah satu cara untuk melembutkan hati ialah mengingati mati.. betul..
Pesan Imam Ghazali:
“Carilah hatimu di tiga tempat…
Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran.
Tetapi jika tidak kau temui,
carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika tidak kau temui juga,
kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati.
Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah,
pinta hati yang baru...
kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati”
“Carilah hatimu di tiga tempat…
Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran.
Tetapi jika tidak kau temui,
carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika tidak kau temui juga,
kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati.
Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah,
pinta hati yang baru...
kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati”
bila otw balik rasa sekejap la pulak. td cam lama.. mungkin sebab x tetapkan nk pusing ktmana kot.. atau maybe psychology. psychology yg ble blik rumah xrasa penat lagi?
sama mcm kita nk buat perubahan.. klu psychology kata susah, maka susahla..
its all about mentality.. susah payah itu berbaloi jika redha Allah yg ingin dicapai. semakin susah, semakin besar pahala untuk melawan kesusahan tu, dan semakin kuat manusia, semakin tinggilah darjatnya di sisi Allah. insyaAllah, ameen :)
Imam AsSyafie' pernah berkata ::
"Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan. Janganlah berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup itu diciptakan "
magic en,? sampai rumah tepat2 pkul 8am. alhamdulillah :)
p/s: kuliah magrib yg sayup2 dah improve sikit : "nyawa itu bukan hak manusia. jadi adakah hak manusia atas mukabumi ni? hakikatnya tak ada.. semuanya hak Allah "
Post a Comment