kosong


"kosong, sekosong hati ini" ~~

alhamdulillah, new sem has just began. welcome to degree marni :)

bersedia lah utk mentiadakan life dan jd terminator. heh. kepala sakit. berdenyut. pening. mengapakah?

mungkin terlalu byk yg bermain dikepala.

aku rindu, pada rasa itu.
rasa tenangnya hati.
aku rindukan Tuhan.
terasa ada tempat yg kosong, tak berisi.
hati, hati yg dekat dengan Ilahi.
jiwa, jiwa yg tenang pada yang hakiki.
akal, akal yg rasional pada sebuah realiti.
aku rindu untuk menjadi fitrah hamba yg sejati.
ingin berlari lagi.
ingin mencari apa yg Engkau redhai.
Tuhan, terasa lambat langkahku.
Terasa sepi hatiku.
Terasa kosong hidupku.
Terasa jauh diriku berbanding mereka mereka itu.
Terasa sunyi. tanpaMu.
aku ingin mencariMu.
dengarkah Kau bisik kecil hatiku?
mestilah.
Kau sentiasa mendengar.
Kau sentiasa melihat.
Kau sentiasa tahu, segala fikiranKu.
kerana Kau Tuhanku.
ingin ku serahkan seluruh hidupku kepadaMu.
jika itu lebih bermakna bagiKu.
jika aku hidup, hidupkanlah dlm keadaan sentiasa beriman kepadaMu.
terasa jauh, perjalanan yg bakal ditempuh.
kuatkan lah aku ya Allah.
tunjukkanlah jalan ya Allah.
lindungilah ya Allah.
ampunkanlah ya Allah.
berkatilah ya Allah.
hidup mati kami, ibubapa kami, sahabat2 kami, mereka, kita semua.



"may Allah steal from u all that steals u away from Him" ~Rabia Al-Aldawiya~ ameen.
0 Responses